Ditulis oleh PR TEntera Darat |
MERSING,
24 Sep: Hanya 56 anggota LLP sahaja berjaya dianugerahkan Beret Hijau
daripada 250 peserta kursus yang terdiri daripada pegawai dan anggota
dari seluruh Rejimen dan Kor Tentera Darat yang mengikuti Kursus Asas
Komando Siri 2/2012 yang diadakan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor.
Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen
Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.
Panglima Tentera Darat berkata bahawa
mereka yang dianugerahkan Beret Hijau ini adalah yang terbaik dari
kalangan yang terbaik. Mereka yang mempunyai jiwa patriotik yang kental,
daya juang yang sangat tinggi selain kekuatan dan ketahanan mental dan
fizikal berada di tahap terbaik kerana sedia berkorban untuk negara di
usia muda.
Beliau turut menyeru para remaja yang
berada di luar sana supaya menyahut cabaran negara untuk menyertai
Tentera Darat dan pasukan komando berbanding melakukan aktiviti yang
tidak mendatangkan manfaaat kepada diri sendiri dan masyarakat, kata
beliau semasa memberi ucapan Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2012.
Upacara penganugerahan ini disaksikan
oleh lebih 1,500 ahli keluarga dan penduduk kawasan sekitar dengan
menyaksikan Prebet Mohd Salleh Abd Wahab dari Rejimen Askar Melayu
DiRaja (RAMD) yang berasal dari Mersing, Johor berjaya menjadi penuntut
terbaik. Mereka yang berjaya dianugerahkan Beret Hijau Komando, Diploma
dan Pisau Komando.
Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen
Dato’ Mazelan Kasap, Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Abd
Karim,Pegawai-pegawai Kanan dan anggota TD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan