Jumaat, 14 Disember 2012

ASAL USUL HARIMAU MALAYA

 
INFO : Asal Usul Nama "Harimau
Malaya.

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal
dari gelaran kepada seorang pemain

bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut
bermain di posisi 'striker' dan beliau
adalah Dollah Don. Nama sebenar beliau
ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan
pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Primary
School Ngee Heeng dan seterusnya
melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit
Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau
menyambung pengajian di peringkat tinggi
di English College. Dizaman
persekolahannya beliau sangat aktif dan
pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain
bolasepak semasa kecil dengan
menggunakan bola tenis. Sewaktu di
sekolah Dollah Don juga merupakan atlit
olahraga yang berjaya. Pernah memenangi
beberapa acara dan membolehkan beliau
bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan
kebangssan, beliau bermain untuk
pasukan Johor di era awal Piala Malaya
dan Piala H.M.S Malaya.

PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah
menggegarkan Indonesia dengan lagu
Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah
Dollah Don dengan mutu permainan
bolasepaknya. Dollah Don mempunyai
ramai peminat bola sepak di Indonesia.
Dari sumber yang dicari, beliau sering
menerima jemputan untuk bermain di
sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah
dijemput untuk bermain menentang
Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya
beliau jatuh sakit dan tidak dapat
diturunkan beraksi. Pada era 1950'an
Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai
Presiden negara tersebut.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don
sehingga menggelarkan beliau sebagai
'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari
satu perlawanan yang disaksikan oleh
Sukarno sendiri.

Perlawanan tersebut ialah sewaktu
menentang pasukan Peseja di Indonesia,
pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu
Singapura dan barisan lawan diwakili oleh
pemain tempatan dan Belanda.

Penjaga gol lawan, Van Der Veen,
dianggap terkenal di Asia ketika itu.
Presiden Sukarno turut menyaksikan
perlawanan itu. Tamat separuh masa
pertama, pasukan Melayu Singapura
ketinggalan 3-0.

Bermula separuh masa kedua, mereka
mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya
mereka berjaya menyamakan kedudukan
seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah
dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.

" Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan
Sukarno menggelar saya ' Harimau Malaya
' Dollah Don mengingati peristiwa
bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai
penganalisis bola mengatakan setiap kali
Dollah Don berhadapan dengan penjaga
gol, bola yang berada di kakinya itu pasti
100% akan menembusi kubu lawannya
dan semua ini disempurnakan dengan
tenang.

Kemuncaknya beliau telah menerima
hadiah sebagai penjaring gol yang
terbanyak di kejohanan bola sepak di
Hong Kong pada tahun 1950 dengan
menjaring 19 gol daripada 26 gol.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat
kepada Dollah Don dan hingga membawa
ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak
Kebangsaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan