Isnin, 3 Disember 2012

bahan buat laksa johor

Bahan2 :
2 kotak spaghetti - rebus 1 pkt
Air secukup nya
sedikit garam

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya utk mengelakan ia melekat bolih disiram dgn air paip.
*** tambah sedikit minyak masak utk kurangkan melekat

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang-guna ikan sardin
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis ,1 sudu besar jintan putih , 2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit , 1 inchi halia , 1 inchi lengkuas
4 batang serai ,5 biji bawang kecil, 3 biji bawang putih
sepotong belacan ,2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa - 2 sb cili kering dah blended
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis, asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak.
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan