Isnin, 25 Mac 2013

cara untuk nasihat orang jangan cepat marah

.
 jika sedang marah macam boleh jadi .adakah anda semua tahu syaitan amat suka orang yang sedang marah dan ketika seseorang itu sakit hati.... dan jika seseorang itu nampak orang marah janganlah kita marah dia balik ini boleh menambah petengkaran...... cara yang baik untuk semua ini boleh diatasi dengan cara-cara ini: dengan ini juga syaitan yang menghasut kita ketika marah boleh  lemah dan kita boleh lindungi diri kita 
IN SHA ALLAH
: KALAU TENGAH MARAH APA PERLU BUAT:
-KITA INGAT TUHAN
-KITA ISTIGRFAR
-KITA DUDUK @ BANGUN ATAU BARING 
-AMBIL WUDUK
-SOLAT

CARA NAK NASIHAT 
KATA KATA PERLU LEMAH LEMBUT DAN MENGINGATKAN IA KEPADA (TUHAN) 
KERANA UMPAMA API DAN AIR :API BOLEH DIPADAMKAN DENGAN AIR..

..................................................ZIKIR SELALU DAN SELAWAT SELALU.....................................


Selamat Hari Polis ke-206

.
Selamat Hari Polis ke-206. Hope PDRM sentiasa menjaga keamanan negara Malaysia yang kami cintai. .


.
Jasa kesemua wira negara itu yang sanggup bergadai nyawa demi negara sentiasa dikagumi. Terima kasih kepada semua warga polis kerana selama ini gigih menjaga keselamatan kami semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Polis.

.
VAT 69 BRAVO SELAMATKAN LEBIH RAMAI ANGGOTA LAIN DARIPADA TERKORBAN

Kuala Lumpur, 25 Mac - 'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan
angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas. 

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie. 

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.
]
"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada Komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana
kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.

Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkata beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kira dua meter.

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.

"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dan ia mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika
itu.

"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidak mengenai saya," katanya.

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara. - BERNAMA

pemergian al- ustaz dr muhammad uthman ..

.

sungguh besar jasa beliau terhadap negara malaysia ....

[SEGERA] Negara kehilangan seorang ilmuan ulung. Al-Faatihah kepada Allahyarhamhu Al-Ustaz (Dr) Muhammad 'Uthman El-Muhammady,dan takziah buat famili Allahyarhamhu.Daripada Allah kita datang,kepada-Nya kita akan dikembalikan......

doaku buatmi semoga tuhan tempatkan dikau orang-orang yang beriman dan soleh serta dimasukan kedalam syurga firdaus.... 

maskot nanas maha 2012

haiiiiii kawan kawan oppa . oppa baru dapat tahu  maskot kini dah ada tangan  untuk biar nampak lebih menarik dan dapat bersalam bersama peminat nya.. 
.
 .
para pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh lembaga perindustrian nanas malaysia .
.. menara bekembar diperbuat dari buah nanas.
...
maskot nanas keluar surat kabar.... oppa akan masukkan video mascot joget

gambar mascot nanas dimenara kuala lumpur

.
 .
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVgFWhhMjZ5V0zsM17hOJEMoeghiMMJ6XhA7dlLfoHEAIVAwYw2uhlYxHtO0uB8FXL8XpbBWGWjOLWNCvXv-fUdbrZcQYBceLyliTIwhwQEiQpUoR8b0wW3SGk0_RoUHytf6Q8eZv2-oJK/s1600/10092011224.JPG.
 .
macam macam ragamkan kita tengok maskot nanas ni semua dia boleh, pebarisan boleh .model boleh ,pelawak boleh,haha pemalu boleh,yang dia lebih suka berjoget. so lepas ni  oppa akan masukan gambar dia yang tebaru dan joget . hihi

mascot nanas ceria

.....

pada mulanya oppa suka tengok nanas ini,oppa nampak banyak yang amik gambar dengan mascot ni.....
oppa nak cuba kumpul gambar mascot nanas ni,bukan senang hendak buat orang ketawa dan ceria .mascot nanas ini juga mempunyai suara cartoon.. gambar ini semasa di tangkak johor dan oppa akan masukkan banyak lagi gambar mascot ........ adalah anda sudah berjumpa dengan mascot nanas .....

syaitan suka saff solat tidak rapat

mari memerhatikan betapa gembiranya syaitan jahanam ini dan dengan kita mengalahkannya mari kita rapatkan saff dan dari situ juga kita dapat menghalang syaitan dari gangu kita

Ahad, 24 Mac 2013

mencari bintang malam ini 24/mac

.




NAMA SEBENAR: Mohd Nasir Bin Hamzah
TARIKH LAHIR: 17 Ogos 1986
UMUR: 27 Tahun
NAMA KUMPULAN: Acey
MENTOR: Harun Salim Bachik

malaysia vs yaman

.
tahniah kepada pasukan malaysia kerana menewaskan yaman 2-1 dengan ini malaysia masih ada harapan untuk kumpun ini. selamat berjaya harimau malaya

Sabtu, 23 Mac 2013

 
.Maya

Matahari

Terbit sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan
Sekilas sinar mentari
Melewati di senja menanti

Jumaat, 22 Mac 2013

tidur


Kelopak mata rasa semakin berat, mula untuk menutup
Tanpa disedari , dalam tidur kita pergi
Satu lagi rahmat harian, dan ia memberi tempat rehat 

 , kita juga perlu tahu

Bahawa setiap malam kita meletakkan kepala kita
di bantal Ingatlah sedikit kematian untuk menyedarkan diri kita

Satu hari nanti ,peringatan harian kematian kita akan datang dalam

  hidup kita semua dan membuat untuk tunduk . 

maka untuk mengisi setiap hari dengan positif
Dan ingat pada kematian, dengan hati senyuman, 

benar , memeluk selama-lamanya.

cubalah anda bayangkan masa yang akan datang tanpa 
kita duga .... tidurlah 

Rabu, 20 Mac 2013

softball ssi 2011-2013

BANYAK RAGAM DAN BANYAK KISAH ANTARA PELAJAR SEKOLAH SSI DALAM SOFTBALL.. ERM 3 BUAH GAMBAR INI ADALAH SELAMA 3 TAHUN DISEKOLAH ITU... OPPA MAMA ADA BANYAK GAMBAR KENANGAN MEREKA



JOM TENGOK GAMBAR MEREKA  YANG AGAK NAKAL PELAJAR HIHI   




















.
HAAAA INILAH GAMBAR SELAMA TIGA TAHUN ........

selawat bersama

 

mari berselawat insha ALLAH - banyak kebaikannya ,,,, 

saya mengajak awak semua selawat 1000 kali siang dan 1000 kali malam....nabi s.a.w. ingat umatnya mari kita ingatnya juga dan ingat ALLAH S.W.T

Rahsia dan Hikmah Selawat Nabi


Setiap kali Hari Jumaat, bagi orang lelaki (guru, murid, ayah, tok ..) akan pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali itulah khatib tuan imam akan memperingatkan dalam khutbahnya suatu pesana Allah swt yang menyuruh manusia agar memperbanyakkan selawat ke atas nabi:

Firman Allah :


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.
 
(al-Ahzab 56)
 
Tapi .... kita sering lupa untuk berselawat atas nabi. Hanya dalam selat je berselawat. Tu pun kerana wajib sebab baca Tahiyyat Akhir.
 
Saya pernah suatu ketika dahulu disuruh oleh guru saya untuk mengamalkan selawat Nabi setiap hari 1000 kali. Alhamdulillah.... saya buat atas pesanan ayat Allah di atas 
 
Banyak rahsia yang terungkap dan banyak kelebihan yang saya dapati buat untuk diri saya ini yang Allah beri .... salah satunya ialah ..... berkat selawat saya boleh cemerlang dalam SPM tanpa study baca buku teruk-teruk. Sekadar buat latihan dan fikir balik apa yang cikgu ajar. Kelas tiusyen pun saya tak pergi sebab tak ada duit. Keluagra pula miskin

Al-hamdulillah ..... saya rasa saya lulus belajar kat universiti pun adalah berkat hikmah yang Allah turunkan bersama selawat ini.

Waktu itu, saya tidak ketahuipun apa lebihnya selawat ini. Bila masuk pengajian tinggi, dan ada peluang untuk pi buka kitab-kitab warisan ulama-ulama silam, baru saya dapat tahu yang amalan berselawat ke atas nabi adalah amalan ulama-ulama terdahulu dan mereka beroleh banyak kelebihan ilmu dan darjat dengan sebab berselawat

Patutlah Allah beri sebut dan pesan kepada umat Islam dalam Surah Ahzab ayat 56.

so .... bagi murid-murid SK Santan.... kalau anda sayang Allah dan RasulNya .... hendaklah kamu amalkan berselawat ke atas Nabi ....

Bertanyalah  kepada guru-guru pendidikan Islam kamu di sekolah tentang cara mengamalkan selawat dengan betul.

Kat bawah ini .... sedikit sebanyak kelebihan selawat bagi orang yang sentiasa berselawat yang di ambil dari kitab-kitab ulama :

  1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
     
  2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
     
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
     
  4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
     
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
     
  6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
     
  7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
     
  8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
     
  9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
     
  10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
     
  11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
     
  12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
     
  13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
     
  14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
     
  15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
     
  16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
     
  17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
     
  18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
     
  19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
     
  20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga

'Jika abah di Op Daulat...'

SEKIRANYA abah yang lebih 30 tahun berkhidmat dengan pasukan keselamatan dipanggil menyertai Op Daulat, saya tidak dapat membayangkannya… Mungkin detik jantung emak, yang juga anggota polis, akan terhenti seketika. Terkejut! Abah sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa operasi membanteras komunis di Bukit Hijau, Kedah. Semasa berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dipanggil Pasukan Gerak Am (PGA), abah juga pernah mengawal keselamatan petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan ketika kerja-kerja pengukuran sempadan Malaysia-Thailand. Saya bukan tidak yakin dengan kemampuan abah. Saya tahu, abah masih berupaya menggalas M16 dan HK MP5. Tetapi situasi hari ini berbeza. Abah bukan setakat perlu bertempur dengan pengganas, malah abah juga terpaksa berperang dengan 'peluru-peluru' yang keluar dari mulut pemolitik yang tidak berperasaan. Pasti hati abah akan lebih hancur bila suara-suara sumbang itu mempermainkan pengorbanan pasukan keselamatan. Dan saya amat pasti, apa dirasa lebih sakit dan sengsara berbanding diledak bom sekalipun. Ah! Saya yang secara langsung terlibat melaporkan berita dan perkembangan di sini, tidak mampu membayangkan jika abah antara ribuan dipanggil bertugas dalam Op Daulat. Abah sudah pasti perlu mengikut operasi tidak mengira waktu, cuaca dan keadaan. Perlu sentiasa bersedia menghadapi serangan. Entah apalah nasib abah! Makan abah, rehat abah, mandi abah...ada siapa yang pedulu? Tapi itulah hakikatnya. Rehat entah bila, makannya, mandinya entah bagaimana. Tapi itulah pengorbanan dilakukan demi mempertahankan kedaulatan negara. Gugurnya 10 wira negara dalam Op Daulat cukup membuatkan saya tidak tenang sama sekali, jika nama abah dipanggil menggalas tanggungjawab kepada negara. Bagaimana nasib abah? “Ya ALLAH, jika abah dipanggil, Engkau lindungilah keselamatan abah. Ya ALLAH, 29 tahun kasih sayang dan budinya juga masih belum sempat aku balas. Aku takut tidak terbalas sekiranya abah gugur semasa Op Daulat.” Sekali lagi saya tidak sanggup membayangkannya... Tetapi ikrar taat setia mempertahankan negara yang dilafazkan 30 tahun lalu, terus tersemat di hati abah. Abah tidak pernah gentar jika dipanggil bertugas. Itu sumpah abah bersama negara. Bukan hanya abah, itu jugalah yang tersemat di hati semua pejuang-pejuang negara. Pada isteri, anak-anak dan keluarga pula, hati sentiasa diteman degup debar. Bimbang dan resah menyelubung perasaan setiap kali diumum gugurnya wira negara. Saya percaya, deringan telefon dan kelibat pasukan keselamatan di laman rumah boleh mencengkam jantung. Boleh membuat ia berhenti berdenyut. Saya melihat dengan mata sendiri bagaimana juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersama pasukan keselamatan siang dan malam merancang strategi menghapuskan segera pengganas durjana. Sepanjang hampir dua minggu membuat liputan Op Daulat, saya menyaksikan bagaimana beratnya tanggungjawab pasukan keselamatan kita dan betapa mencabarnya tugasan mereka. Tidak dapat digambarkan keperitan yang ditanggung. Namun mereka tetap menunjukkan riak wajah bersemangat dan membara untuk menewaskan musuh. Jika saya diminta menggalas senjata, rasanya hanya 10 minit saya dapat bertahan. Jaket kalis peluru dan kelopak-kelopak peluru yang hampir 15 kilogram tidak mampu saya pikul. 10 minit itupun saya rasa satu tempoh masa yang cukum lama. Boleh mendera mental dan fizikal. Tetapi tidak bagi pahlawan negara yang berjuang. Semuanya jadi ringan bagi mereka demi mempertahan Malaysia tercinta. Gugurnya mereka, syahid seorang pejuang di medan perang. Bagaimanapun, wira-wira kita memerlukan doa dan sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia untuk menggalas cabaran peperangan pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu. Memang saya bangga menjadi anak seorang anggota polis. Namun saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gentar bercampur khuatir dengan apa juga nasib pasukan keselamatan di medan juang. Dan kerana kebimbangan itulah, terpacul dari mulut "jika abah di Op Daulat..."! Walau abah tidak dipanggil ke medan juang, saya tetap sentiasa memanjang doa untuk perwira kita di perbatasan. Sesungguhnya doa dan sokongan 26 juta rakyat Malaysia menjadi semangat untuk mereka! *Penulis bersama wartawan NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, berpeluang membuat liputaan Op Daulat selama 12 hari di Gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah. petikan diambil :http://www.sinarharian.com.my/nasional/jika-abah-di-op-daulat-1.141170

Selasa, 19 Mac 2013

Lirik selawat maulidur rasul-Jom sama-sama kita nasyidkan

Lirik selawat maulidur rasul-Jom sama-sama kita nasyidkan Lirik selawat maulidur rasul صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Selasa, 5 Mac 2013

gambar gambar terkini pencerobohan di Lahad Datu Sabah Malaysia


sumber gambar2 pencerobohan lahad datu



AL- Fatihah









updated


gambar terkini

Penceroboh negara yang ditangkap. TAHNIAH pasukan keselamatan.