Rabu, 20 Mac 2013

selawat bersama

 

mari berselawat insha ALLAH - banyak kebaikannya ,,,, 

saya mengajak awak semua selawat 1000 kali siang dan 1000 kali malam....nabi s.a.w. ingat umatnya mari kita ingatnya juga dan ingat ALLAH S.W.T

Rahsia dan Hikmah Selawat Nabi


Setiap kali Hari Jumaat, bagi orang lelaki (guru, murid, ayah, tok ..) akan pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali itulah khatib tuan imam akan memperingatkan dalam khutbahnya suatu pesana Allah swt yang menyuruh manusia agar memperbanyakkan selawat ke atas nabi:

Firman Allah :


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.
 
(al-Ahzab 56)
 
Tapi .... kita sering lupa untuk berselawat atas nabi. Hanya dalam selat je berselawat. Tu pun kerana wajib sebab baca Tahiyyat Akhir.
 
Saya pernah suatu ketika dahulu disuruh oleh guru saya untuk mengamalkan selawat Nabi setiap hari 1000 kali. Alhamdulillah.... saya buat atas pesanan ayat Allah di atas 
 
Banyak rahsia yang terungkap dan banyak kelebihan yang saya dapati buat untuk diri saya ini yang Allah beri .... salah satunya ialah ..... berkat selawat saya boleh cemerlang dalam SPM tanpa study baca buku teruk-teruk. Sekadar buat latihan dan fikir balik apa yang cikgu ajar. Kelas tiusyen pun saya tak pergi sebab tak ada duit. Keluagra pula miskin

Al-hamdulillah ..... saya rasa saya lulus belajar kat universiti pun adalah berkat hikmah yang Allah turunkan bersama selawat ini.

Waktu itu, saya tidak ketahuipun apa lebihnya selawat ini. Bila masuk pengajian tinggi, dan ada peluang untuk pi buka kitab-kitab warisan ulama-ulama silam, baru saya dapat tahu yang amalan berselawat ke atas nabi adalah amalan ulama-ulama terdahulu dan mereka beroleh banyak kelebihan ilmu dan darjat dengan sebab berselawat

Patutlah Allah beri sebut dan pesan kepada umat Islam dalam Surah Ahzab ayat 56.

so .... bagi murid-murid SK Santan.... kalau anda sayang Allah dan RasulNya .... hendaklah kamu amalkan berselawat ke atas Nabi ....

Bertanyalah  kepada guru-guru pendidikan Islam kamu di sekolah tentang cara mengamalkan selawat dengan betul.

Kat bawah ini .... sedikit sebanyak kelebihan selawat bagi orang yang sentiasa berselawat yang di ambil dari kitab-kitab ulama :

  1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
     
  2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
     
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
     
  4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
     
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
     
  6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
     
  7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
     
  8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
     
  9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
     
  10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
     
  11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
     
  12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
     
  13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
     
  14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
     
  15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
     
  16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
     
  17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
     
  18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
     
  19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
     
  20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan