Selasa, 21 Mei 2013
penipuan menggunakan telefon
Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank) memaklumkan anda terlibat dengan kegiatan haram, memenangi ‘Lucky Draw’ dan sebagainya serta mengarahkan anda supaya memindahkan wang daripada akaun persendirian ke akaun yang tidak diketahui.
Modus operandi yang sering digunakan:
Kes pertama
1. Mangsa terima panggilan telefon mengatakan telah menang ‘Lucky Draw’ bernilai jutaan dollar dari Syarikat Hong Kong /Macau (amaun ini sebagai tarikan kepada mangsa).
2. Sindiket memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa ingin menuntut hadiah yang ditawarkan. Setelah bersetuju, mangsa dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket.
3. Setelah wang di “bank-in”, suspek gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.
Kes kedua
1. Mangsa menerima pangilan telefon dari seorang yang mengaku sebagai pegawai mahkamah/ Polis Bukit Aman memberitahu mangsa terlibat di dalam kegiatan haram seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah.
2. Mangsa dikehendaki memindahkan semua wang yang ada di dalam akaun mangsa ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket bagi mengelakkan akaun mangsa disita oleh pihak berkuasa.
Kes ketiga
1. Mangsa menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank (Ambank, Public bank, Bank Islam,Hong Leong Bank) memberitahu mangsa tidak membayar penggunaan kad kredit yang melebihi had.
2. Mangsa diarahkan menghubungi seseorang kononnya pegawai dari Bank Negara bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.
3. Apabila dihubungi, mangsa telah diminta mendedahkan butir-butir akaun banknya.
4. Akhirnya mangsa mendapati wangnya telah dikeluarkan secara e-banking.
Kes keempat
1. Mangsa terima panggilan dari seseorang menyatakan anak/saudara mangsa diculik.
2. Mangsa dikehendaki membayar wang melalui pindahan wang ke nombor akaun pihak ketiga yang diberi oleh sindiket.
3. Selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi anaknya dan dapati sebenarnya tiada sebarang penculikan berlaku.
4. Sindiket menggunakan rakaman suara untuk mempengaruhi mangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan