Khamis, 17 Julai 2014

KIKI DAH MOHON MAAF , ORANG YANG MAKI DIA BILA NAK MINTA MAAF


.Tindakan seorang perempuan yg gagal menahan kemarahanya apabila keretanya dilanggat dari belakang dgn memarahi lelaki tua itu bukannya ajaran islam & perlu diperbetulkan.. Namun adakah cara masyarakat kita 'share' line video & blog dgn caption memaki hamun & dalam masa yg sama turut mengundang 'Friends FB' kita utk memaki hamun itu ajaran islam?? Jawapannya tidak.. Apakah mencari data peribadi muslimah tersebut serta melondehkan segala 'line' peribadinya itu ajaran islam?? Ya tindakannya memarahi lelaki tua tersebut agak melampau & perlu diperbetulkan TETAPI adakah itu menjustifikasi tindakan kita memaki hamun serta mencacinya itu adalah betul?? Sukakah kita apabila kesilapan kita dirakam tanpa diketahui lalu dikongsikan serta dilondehkan segala gambar & data peribadi & caci maki oleh masyarakat?? Terlajak POST masih boleh dipadam.. Pilihan ditangan kita.. Ingatlah Sabda Rasulullah S.A.W.. "Wahai sekalian manusia yg hanya berislam dgn lisannya namun keimanan belum masuk ke dalam hatinya janganlah kalian menyakiti kaum muslimin jangan pula kalian memperolok mereka & jangan pula kalian menelusuri mencari-cari aib mereka kerana barangsiapa yg mencari-cari aib saudaranya nescaya Allah akan mencari-cari aibnya & barangsiapa yg aibnya dicari-cari oleh Allah nescaya Allah akan mempermalukan dia meskipun dia berada didalam rumahnya sendiri" [Hr Abu Daud No 4236 & At-Tirmizi No 20321]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan