Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Jumaat, 16 November 2012

56 Berjaya Tamatkan Asas Komando
Ditulis oleh PR TEntera Darat   
011020121250MERSING, 24 Sep: Hanya 56 anggota LLP sahaja berjaya dianugerahkan Beret Hijau daripada 250 peserta kursus yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari seluruh Rejimen dan Kor Tentera Darat yang mengikuti Kursus Asas Komando Siri 2/2012 yang diadakan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.
Panglima Tentera Darat berkata bahawa  mereka yang dianugerahkan Beret Hijau ini adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Mereka yang mempunyai jiwa patriotik yang kental, daya juang yang sangat tinggi selain kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal berada di tahap terbaik kerana sedia berkorban untuk negara di usia muda.
Beliau turut menyeru para remaja yang berada di luar sana supaya menyahut cabaran negara untuk menyertai Tentera Darat dan pasukan komando berbanding melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaaat kepada diri sendiri dan masyarakat, kata beliau  semasa memberi ucapan Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2012.
Upacara penganugerahan ini disaksikan oleh lebih 1,500 ahli keluarga dan penduduk kawasan sekitar dengan menyaksikan Prebet Mohd Salleh Abd Wahab dari Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang berasal dari Mersing, Johor berjaya menjadi penuntut terbaik. Mereka yang berjaya dianugerahkan Beret Hijau Komando, Diploma dan Pisau Komando.  
Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap, Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Abd Karim,Pegawai-pegawai Kanan dan anggota TD.

Tiada ulasan:

untuk mama