كانت كل مرة تنام على كتفه لتستيقظ في الصباح
أما الآن فصاعدا لن تفعل هذا
هكذا قال دمها النازف على كتفه
الشهيدة فاطمة بيطار
Nasser Alsunnah
translate:
Setiap kali telah tidur di atas bahunya untuk bangun pada waktu pagi
Tetapi sekarang dan seterusnya tidak akan melakukan ini
Beginilah firman darah pendarahan pada bahunya
Shahida Fatima Bitar
KESIAN , ANAK ANAK KECIL MENJADI MANGSA KEGANASAN ...
MARI KITA BERDOA UNTUK UMAT ISLAM DI SYRIA SEMOGA SELAMAT DAN SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI MEREKA DISYRIA
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Selasa, 25 Jun 2013
Khamis, 11 April 2013
undi 5 mei 2013 pru13
.
.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
5 / 5 / 2013 tarikh yang amat kemuncak bagi rakyat .. selamat mengundi .....
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
menahan 32 rakyat Filipina, pasukan keselamatan Malaysia turut merampas pelbagai senjata
DUA DARIPADA 32 RAKYAT FILIPINA YANG DITAHAN DI PERAIRAN SABAH DIPERCAYAI CALON MAYOR TAWI-TAWI
Kota Kinabalu, 11 April - Polis percaya dua daripada 32 rakyat
Filipina yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin lepas, adalah calon mayor dan naib mayor di kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang menunggu pengesahan dari kedutaan Filipina di Kuala Lumpur sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk membebaskan mereka.
"Polis telah mengenal pasti identiti 32 orang yang ditahan, mereka ini dari selatan Filipina dan tujuan mereka ini seperti yang mereka kata nak pergi ke Taganak (selatan Filipina), tetapi malangnya menurut mereka kapal yang mereka naiki mengalami masalah dan telah memasuki perairan kita.
"Bagaimanapun, tangkapan ini dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Kami sudah buka kertas siasatan dan kami akan rujuk kertas siasatan ini kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kami akan syor tidak ada pertuduhan dibuat," katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas laporan media Filipina (Mindanews) semalam mengenai perkara itu. Terdahulu beliau menerima sumbangan RM27,736.85 daripada kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk Tabung Perwira Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini
hari ini.
Akhbar Mindanews itu dipetik sebagai berkata bahawa polis Malaysia menahan 32 calon Parti Liberal dan penyokong mereka yang dalam perjalanan ke Turtle Islands untuk kempen calon gabenor Nurbert M. Sahali.
Laporan itu menyebut bahawa mereka yang ditahan termasuk Romel Matba dan Amman Matba, calon yang akan bertanding untuk jawatan mayor dan naib mayor bandar Languyan (Tawi-Tawi).
Turut bersama mereka ialah calon majlis perbandaran Languyan iaitu Habib Baginda Tambutoh, Manny Maraji, Abubakar Ibrahim dan Berhamin Abubakar serta polis pengiring Hassan Abdilla.
Hamza berkata beliau telah menulis surat kepada kedutaan Filipina di Malaysia untuk mendapatkan pengesahan mengenai beberapa perkara, antaranya adakah seorang daripada mereka adalah pegawai keselamatan Filipina.
"Kami juga mahu pengesahan sama ada dua daripada yang ditahan itu akan bertanding sebagai calon (mayor di Tawi-Tawi) dan adakah mereka datang (ke sini) dengan tujuan yang dinyatakan (melalui keterangan yang dibuat kepada polis Sabah).
"Kalau kami dapat pengesahan rasmi daripada kedutaan Filipina mungkin tidak lama lagi mereka akan dibebaskan," katanya.
Ketika menahan 32 rakyat Filipina itu, pasukan keselamatan Malaysia turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. - BERNAMA.
sumber:
facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Selasa, 9 April 2013
papagomo lawan di permatang pauh pru13
.WOW ini menghagatkan lagi pru13,papagomo blog yang ternama di malaysia ini mencabar VIP .papagomo ada menulis di blognya dengan kata semangat ... (Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh)
kini nama papagomo telah hangat....
oppamama nak tahu juga keputusan pru13 nanti siapa hebat...hangat hangat.
oppamama.........
31 kubur di temui di kota bharu
31 bungkusan telah di temui oleh pihak berkuasa...Setiap
bungkusan pasir tersebut ditandakan dengan nombor bermula dari nombor 1
sehingga ke 31....Lubang yang digali adalah sedalam 1.07 meter dan panjang 2.1
meter serta lebar 0.9 meter,” dipercayai berlaku empat hari lepas itu disedari
oleh orang awam di sekitar kawasan kejadian...
“Mengikut aduan, mereka melihat dua lelaki bermotosikal
membawa bungkusan dan menggali lubang di kubur tersebut pada malam hari.Operasi
menggali kubur misteri tersebut dilakukan pada jam 1.10 petang semalam dan
mengambil masa selama setengah jam. kesemua bungkusan pasir tersebut diserahkan
kepada kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut..
Langgan:
Catatan (Atom)


