Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Rabu, 30 Januari 2013

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANGKAK


Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor :
1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. JURUTEKNIK LANSKAP
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak, dengan bayaran
RM1.00 setiap borang permohonan atau boleh di muat turun melalui laman web, Majlis Daerah Tangkak, www.mdtangkak.gov.my
Surat / dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63, 84907
TANGKAK, JOHOR.
Tarikh tutup permohonan 8 Februari 2013

KERJA KOSONG 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Juruaudit
Tarikh tutup 6 Februari 2013


 

Peluang Pekerjaan


Bil Tajuk Muat Turun
1 Iklan Jawatan Kosong
2 Borang Jawatan Kosong

Tarikh Tutup : 06/02/2013

Selasa, 29 Januari 2013

Doa Pendinding Diri - Ruqyah Jibril


Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)
Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)

DOA UNTUKMU IBU DAN AYAT

Juzuk : 1 Surah : AL-BAQARAH Ayat : 102








       
 

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran 
sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan 
Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan 
kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) 
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: 
Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), 
sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), 
oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
 Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir 
yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, 
padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)
 dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
 Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan 
mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
 Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) 
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

untuk mama