* 1 cawan gula
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam
Cara-cara :
- Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
- Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
- Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
- Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
- Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
- Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan