Malaysia - Super League
lagu
tttttyugtgkl
Isnin, 3 Disember 2012
cara letak says cepat
Tunjukkan cara letak iklan says.my dan churpchurp.com di blog. Bagi aku, bagus juga aku post kat sini kalau-kalau aku terlupa code ni pada masa akan datang, tak perlu cari jauh-jauh, aku search kat blog sendiri je. Kalau ada apa-apa persoalan boleh ditanyakan, kalau boleh jawab, aku jawab. Sebabnya, benda ni aku belajar main testing-testing je. Selepas daripada tutorial ini, korang akan dapat buat sendiri benda ni;
2 baris atas adalah iklan Churp Churp. Korang tengok image dia dalam saiz segiempat sama sisi.
Manakala, 2 baris bawah adalah iklan Says.my yang image ye, bukan segiempat sama sisi.
Pertamanya, aku nak tunjuk general code untuk iklan ni;
Cara masukkan ke dalam blog adalah;
Dimulakan di Dashboard Blogger. Dan di situ klik pada Design.
Kemudian, klik pada Add a Gadget
Dan pilih HTML/Java Script
Dan masukkan code yang dinyatakan di atas dalam ruang disediakan. Kemudian klik Save.
Cara nak manage code iklan ini adalah seperti berikut;
1. URL LINK ADS CHURP CHURP
Ini adalah tempat korang dapatkan URL link. Contohnya;
2. URL IMAGE LINK ADS
Ini adalah untuk korang letak URL link image bagi ads tersebut. Korang right click image ads dan copy image URL (untuk Google Chrome) atau copy image location (untuk Mozilla Firefox)
Ini untuk browser Google Chrome
Ini untuk browser Mozilla Firefox
3. 100
Ini adalah saiz bagi image yang korang letak tuh. Boleh diubah untuk iklan 125x125, korang taip 125. Dan kalau nak saiz 100x100, korang taip 100. Korang boleh cuba untuk 50, 75, 100, 125 dan apa saja saiz yang korang nak.
Ads pelbagai saiz mengikut urutan 50, 75, 100, 125
Untuk iklan Says.my, bukan bersaiz segi empat sama sisi, saiz yang diletakkan di 100 akan memberi kesan terhadap ketinggian imej itu sahaja dan bukan lebar image tersebut. Jika anda hendak mengubah lebar image tersebut, masukkan code dibawah selepas height;
<jarak>width=125<jarak>
dan menjadi
height=100 width=125
4.KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER
Ini adalah kata-kata yang akan keluar apabila korang bawa mouse korang ke imej tersebut dan tidak menekan apa-apa. Korang boleh masukkan sedikit ringkasan berkenaan ads tersebut.
Tetapi diingatkan, tidak boleh masukkan simbol ' " dan & dalam ruang ini.
Contohnya;
title='Marilah tekan sini dan join Churp Churp. Nanti korang dapat duit banyak'
Ini berfungsi untuk memastikan code korang berada di tengah-tengah supaya lebih teratur dan kemas.
Contohnya;
6. Code tambahan 2:
Ini berfungsi untuk menyusun ads korang mengikut baris, baris satu dan baris dua.
Contohnya;
Menjadi;
7. Code tambahan 3:
Code ini berfungsi sebagai jarak dari satu imej dengan satu imej yang lain. Satu code itu menyamai satu tekan space bar atau <jarak>.
Contoh bagi 4x jarak
Contoh bagi tiada jarak
Kepada sesiapa yang tak buka akaun ni, boleh la pergi daftar kat says.my dan churpchurp.com. Sekarang pun muncul yang baru lagi yang dipanggil Noobie (Credit to eYFA for the info). Itu sahaja pada hari ini. Kalau ada apa-apa masalah boleh bertanya dan saya akan cuba selesaikan. Kepada sifu-sifu yang ternampak ada yang tertinggal, sila bagitahu juga ek.
Terima kasih dan selamat mencuba
Tiada ulasan:
untuk mama