Selasa, 22 Januari 2013

Dua Rakyat Malaysia Antara Tebusan Di Algeria

SHAH ALAM: Wisma Putra mengesahkan dua rakyat antara mereka yang dijadikan tebusan oleh militan di kompleks pengeluaran gas di Aligeria sejak semalam.
Kenyataan itu menyebut bahawa Wisma Putara telah berhubung dengan ahli keluarga tebusan Malaysia dan pejabat cawangan syarikat di mana mereka bekerja, yang berpangkalan di Singapura.

Pada masa yang sama, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah meminta bantuan Kementerian Luar Algeria untuk mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat dalam insiden ini dan memohon bantuan untuk memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan.


- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/semasa/wisma-putra-2-rakyat-malaysia-antara-tebusan-di-algeria-1.122465

Tiada ulasan:

Catat Ulasan