Selasa, 22 Januari 2013

Johor atasi UiTM 2-0

Johor atasi UiTM 2-0

JOHOR BAHRU - Johor berjaya menewaskan UiTM FC 2-0 pada saingan Liga Perdana di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, semalam.
UiTM FC hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Muhd. Nursalam Zainal Abidin, namun sepakan percuma yang diambil tersasar jauh manakala percubaan tuan rumah pada minit ke-20 menerusi penyerang Muriel Juan Orlando juga gagal menewaskan penjaga gol Muhd. Nor Haziq Mohd. Aris.
Johor sekali lagi memiliki peluang untuk membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-23 menerusi Orlando tetapi rembatan kencangnya dari luar kotak penalti sekadar melepasi gawang gol.
Mohd. Khairul Ismail berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-37 selepas menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Mohd. Alif Mohd. Yusof untuk menewaskan penjaga gol Muhd. Nor Haziq.
Anak buah Azmi Mohamad terus menggandakan asakan bagi menambah bilangan jaringan dan peluang terbaik pada minit ke-57 dipersia-siakan apabila tandukan Muhd. Zamri Hassan hasil hantaran lintang Hasni Zaidi Jamian berjaya ditangkap kemas penjaga gol pelawat.
Minit ke-61 menyaksikan Orlando gagal menanduk masuk bola hantaran Mohd. Alif d sepakan percuma pemain UiTM FC, Nik Syafiq Syazwan Nik Min dua minit selepas ini juga gagal menepati sasaran.
Gol kedua pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-90 menerusi sepakan kencang kapten Mohd. Farid Ramli yang berjaya menewaskan penjaga gol pelawat.
petikan ini diambil di  utusan online untuk berita semasa blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan