kismis untuk kesihatan
“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah
dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk
pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Antara Khasiatnya ialah
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis
(vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di
antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya
dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan
pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang
tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan
membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut
tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh
darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat
tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Keajaiban khasiat kismis
Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak,
jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim,
gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung
dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate
(MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap
mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek
makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih
berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar
dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah
persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu
menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke
dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan,
Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan
gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten
kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan
menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila
kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula.
Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan
tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi
penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang
terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih
santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek
makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar
menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu
bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok
sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,”
katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk
mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara
mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu
pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu
tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan
mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran
yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh
diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis
kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan
anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis
sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak
kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam
melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam
makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam
diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago,
Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat
melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
PENCUCI mulut daripada kismis.
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria
penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan
gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen
Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium
dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko
strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat,
antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk
badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan