Rukun Islam itu ialah,
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku
bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad
pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta
pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan
Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.
2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan
mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah
Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata,
telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti
yang diajarkan oleh Rasulullah.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan
berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan
terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana
Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.
4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan
menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim.
Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan
sabar semuanya semata-mata kerana Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan