Rabu, 3 April 2013

ops daulat fasa ke 3

 
TAHAP KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Tahap keselamatan beberapa kawasan yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini akan dipertingkatkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kerjasama itu bertujuan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan tersebut selain mewujudkan rasa lebih yakin masyarakat dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dan mendengar berita-berita tidak tepat.

"Pelbagai latihan sudah dilakukan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersiap sedia untuk menjalankan tugas sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

"Polis sudah mempunyai jadual untuk penugasan anggota untuk mengawal keadaan dan saya percaya jika masyarakat mematuhi peraturan undang-undang dan bertanggungjawab, semua proses PRU-13 nanti akan berjalan dengan baik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli berangkat ke Dewan Banquet, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini bagi menyampaikan sumbangan RM80,000 kepada lapan keluarga wira negara yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
tahniah pada polis dan atm tanpa mereka juga bagaimana negara kita.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan