ops daulat fasa ke 3
TAHAP KESELAMATAN DIPERTINGKAT
Tahap keselamatan beberapa kawasan yang terlibat dalam insiden
pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah semasa Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) ini akan dipertingkatkan dengan kerjasama Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
berkata, kerjasama itu bertujuan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di
kawasan tersebut selain mewujudkan rasa lebih yakin masyarakat dengan
kehadiran pasukan keselamatan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dan mendengar berita-berita tidak tepat.
"Pelbagai latihan sudah dilakukan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini
bersiap sedia untuk menjalankan tugas sejurus Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.
"Polis
sudah mempunyai jadual untuk penugasan anggota untuk mengawal keadaan
dan saya percaya jika masyarakat mematuhi peraturan undang-undang dan
bertanggungjawab, semua proses PRU-13 nanti akan berjalan dengan baik,"
ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita
selepas mengiringi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli
berangkat ke Dewan Banquet, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini bagi
menyampaikan sumbangan RM80,000 kepada lapan keluarga wira negara yang
terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah.
tahniah pada polis dan atm tanpa mereka juga bagaimana negara kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan