Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Memaparkan catatan dengan label untuk kesihatan DIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label untuk kesihatan DIRI. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2013

Bantu Aliff Asyraff Berjalan Semula

Bantu Aliff Asyraff Berjalan Semula

  Aliffthumb
Kepada member-member 8Share dan facebook,

Pelajar dalam gambar bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga September 2013. Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air di sekitar sekolah berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah keluarga Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru-baru ini Ibu Aliff datang dan berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP untuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00


Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk berkongsi kempen Social Good ini supaya lebih banyak orang berpeluang untuk memberi sumbangan kewangan untuk meringankan beban keluarga Aliff.
Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya kongsikan artikel ini kepada kawan anda.

Terima kasih,

Jumaat, 1 Februari 2013

kismis untuk kesihatan

 

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Antara Khasiatnya ialah

1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Keajaiban khasiat kismis

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.

Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.

Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.

Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.

“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,” katanya.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.

“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.

“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.

Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.

“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.

PENCUCI mulut daripada kismis.

Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

buah zaitun terbaik

KHASIAT MINYAK ZAITON



Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik. Baru-baru ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Ia juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

Cara pemakanan :

Campurkan satu sudu minyak zaitun pada masakan seperti nasi atau salad untuk menapis gejala kurang sihat.

Dari sudut Agama

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun
yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.

Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin
Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."

Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan
kering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus
kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit. Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.
Dari Sudut Saintifik
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Menurut al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.

Khasiat Minyak Zaitun menurut
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah
bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh sebab itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun semua jenis minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan.Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan
tersendiri dari sudut kesihatan.

Minyak masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Melihat pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.

untuk mama