Khamis, 3 Januari 2013
EMPAT MURID ,LIMA GURU. 2013
BAGAN DATOH - Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak, ini merupakan salah satu antara 113 sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid paling sedikit , hanya empat murid didaftar di sekolah tersebut
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Hajar Abdul Samad berkata, sekolah itu hanya mempunyai seorang murid dalam tahun satu, tiga, lima dan enam.
Menurutnya, masalah kekurangan murid di sekolah tersebut bermula sejak 10 tahun lalu, yang mana hanya tinggal 12 murid pada ketika itu dan bilangan murid semakin susut dari setahun ke setahun.
"Kampung Tebing Rebak mempunyai 120 penduduk sahaja, yang mana terdapat 40 rumah. Kebanyakan penduduk terdiri daripada mereka yang sudah berusia, manakala remaja lepasan sekolah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Ia antara punca masalah kekurangan murid di sekolah ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan