Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pertama-tamanya
marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi
kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang
dianugerahkan Allah kepada umat ini.
Perbanyakkanlah
penglafasan rasa syukur …alhamdulillah kerana kita semua telah
dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam
kerana tanpanya maka teramat rugilah kita lahir didunia dan diakhirat.
Oleh
kerana terdapatnya beberapa orang sahabat yang akan mengerjakan ibadah
umrah pada tahun ini, terasa ingin saya berkongsi sedikit pengalaman
tatapan para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pertama kali akan
mengerjakan umrah ditanah suci.
Dengan
ilmu dan pengalaman yang amat sedikit ini, ingin saya kongsi bersama
sahabat-sahabat serta pembaca beberapa tips apabila kita hendak
menunaikan ibadah umrah ditanah suci.
Tips-tips
ini lebih berbentuk persediaan menunaikan ibadah tersebut hasil dari
pengalaman saya mengerjakan Haji dan Umrah. Semoga dengan titipan
nukilan ini dapat membantu persediaan dan perjalanan sahabat-sahabat.
dan semoga Allah meredhai serta memberikan ganjaran yang setimpal dengan
ibadah kita.
Saya bahagikan tips-tips ini kepada tiga perkara iaitu;
- Persediaan sebelum pergi menunaikan umrah
- Semasa berada di tanah suci (Mekah dan Madinah)
- Selepas kembali menunaikan umrah.
a. Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah
- Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal.
Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.
Sekiranya
terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita
hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini
akan melembutkan hati kita…insyallah.
- Perbanyakkanlah Solat Sunat.
Solat
sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat
tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa
lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat
kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan
kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.
Juga
ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan
perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan
kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.
- Perbanyakkan membaca Al Quran.
Selain
daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat
kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah,
pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya
dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi
satu kebaikan kepada kita.
- Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan
ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut.
Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog
Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri
kita sebelum kita berada ditanah suci.
- Buatlah Latihan Fizikal.
Latihan
fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu
adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang
rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid,
melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang
420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940
meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar
kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya.
Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita
kesana.
b. Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah
- Sikap dan Mentaliti.
Berada
di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita
seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita
terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan
dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan
sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam
menurut adat serta peradaban mereka.
Sifat
sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula
menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara
layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat
luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh
tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat
tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan,
sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya
sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar
menguji kesabaran kita.
Kesabaran
juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau
ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri
berlaku dan sebagainya.
Jauhilah
sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai
ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.
- Persoalan-persoalan Mengenai Ibadah Umrah.
Walau
berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci,
perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah
kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi kita.
Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang
datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu
yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti
cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersama-sama
isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah
lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan
mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi
tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah
dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.
- Ungkapan Lisan dan Hati.
Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat iaitu
dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat
lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah
suci.
Adakalanya
hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita
sedari. Kebanyakkan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan
yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya
dengan pengucapan kita, ”jangan takut..tak hilang seliper tu kalau
letak kat situ”, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya
kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon
keampunan dariNya.
- Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara.
Doa
amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi
apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau
perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan
seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita
mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya
dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.
- Aktiviti Didalam Masjid.
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah, solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.
DiMasjidil
Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf
sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah
mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf
dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu
Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah
perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat,
bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada
jemaah berdekatan.
Itulah
diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya
selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis
ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan
demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa
nak buat dalam masjid sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.
Apabila
di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita
lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita
berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita
tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.
Semasa berada ditanah suci, janganlah kita melakukan sebarang perlakuan kurafat yang membolehkan gugurnya akidah.
- Lawatan Ziarah .
Turutilah
lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan,
kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang
bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.
- Kesihatan.
Untuk
menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat.
Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan
perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.
c. Selepas Kembali Menunaikan Umrah.
- Semasa Perjalanan Balik.
Dalam
perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat
fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam
itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di
tempat menunggu di airport dan sebagainya selagi mana kita yakin tempat
itu bersih.
- Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri
Setelah
kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik kerumah, jangan
lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan
dengan rumah kita sebelum kita melangkah kedalam rumah. Sebaik-baiknya
semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri dirumah kita semasa hari
sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari
beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah
3. Istiqamah
Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu
berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan
kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.
Begitulah
sedikit coretan dari pengamatan saya sebagai insan yang kerdil dalam
agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah.
Semoga
apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa
kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang
disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.
Yang baik itu
datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam
nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya
terhadap ilmu agama ini.
Semoga
ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan
ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang
pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.
Ingatlah
bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka
bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan
Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;
Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan