.
DETIK DETIK YANG AKAN SAMPAI KEMUNCAK INI. TAHNIAH BUAT PDRM DAN SPR KERANA MEREKA SEDAYA UPAYABUAT YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA..
POLIS JAMIN PROSES PRU13 LANCAR WALAU BERDEPAN CABARAN BESAR
Kuala Lumpur, 3 April - Walaupun sedang berdepan insiden pencerobohan
pengganas di Lahad Datu, Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap
komited dan memberikan jaminan bahawa proses pilihan raya umum ke-13
(PRU13) akan berjalan lancar.
Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata proses PRU13
tidak akan terganggu walaupun sebahagian anggota pasukan keselamatan
ditugaskan dalam Operasi Daulat di Sabah.
"Kita akui kita
sedang berhadapan dua isu besar (pilihan raya umum dan Operasi Daulat),
yang boleh memberikan impak terhadap penugasan kita. Namun kita yakin
kita dapat mengendalikan kedua-duanya dengan baik dan terkawal," katanya
kepada Bernama.
Beliau berkata demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengenai pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi
laluan kepada PRU13.
Mohd Bakri berkata dakwaan proses pilihan
raya akan terjejas kerana anggota polis tidak mencukupi untuk memantau
dan mengawal PRU adalah tidak benar kerana pihak polis telah mengadakan
persiapan untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.
"Tidak
bermakna anggota-anggota kita yang ditempatkan di Lahad Datu itu akan
menjejaskan persediaan polis untuk menghadapi pilihan raya.
"Kita ada elemen-elemen tertentu yang boleh membantu dari sudut untuk
memastikan pilihan raya itu berjalan teratur terutamanya berkaitan
keselamatan," katanya.
Mohd Bakri berkata PDRM juga mempunyai
'pelan kontingensi' dalam menangani masalah-masalah di luar jangkaan dan
bersiap sedia dalam menghadapi apa juga cabaran atau masalah.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman
Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang
Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim sebelum ini berkata anggota
yang mencukupi akan ditempatkan sepanjang proses pilihan raya,
lebih-lebih lagi di kawasan yang dianggap 'hotspot'.
Seramai
112,00 anggota polis di setiap cawangan akan berkawal selepas pembubaran
Dewan hingga selesai pilihan raya dan keadaan benar-benar terjamin
selamat, katanya.
Muhammad Fuad berkata polis juga memberi
jaminan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi
tidak perlu berasa takut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada
pilihan raya umum akan datang.- BERNAMA.
OPPA COPY DI FB PDRM DI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan