Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Khamis, 11 April 2013

menahan 32 rakyat Filipina, pasukan keselamatan Malaysia turut merampas pelbagai senjata


DUA DARIPADA 32 RAKYAT FILIPINA YANG DITAHAN DI PERAIRAN SABAH DIPERCAYAI CALON MAYOR TAWI-TAWI

Kota Kinabalu, 11 April - Polis percaya dua daripada 32 rakyat
Filipina yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin lepas, adalah calon mayor dan naib mayor di kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang menunggu pengesahan dari kedutaan Filipina di Kuala Lumpur sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk membebaskan mereka.

"Polis telah mengenal pasti identiti 32 orang yang ditahan, mereka ini dari selatan Filipina dan tujuan mereka ini seperti yang mereka kata nak pergi ke Taganak (selatan Filipina), tetapi malangnya menurut mereka kapal yang mereka naiki mengalami masalah dan telah memasuki perairan kita.



"Bagaimanapun, tangkapan ini dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Kami sudah buka kertas siasatan dan kami akan rujuk kertas siasatan ini kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kami akan syor tidak ada pertuduhan dibuat," katanya.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas laporan media Filipina (Mindanews) semalam mengenai perkara itu. Terdahulu beliau menerima sumbangan RM27,736.85 daripada kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk Tabung Perwira Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini
hari ini.

Akhbar Mindanews itu dipetik sebagai berkata bahawa polis Malaysia menahan 32 calon Parti Liberal dan penyokong mereka yang dalam perjalanan ke Turtle Islands untuk kempen calon gabenor Nurbert M. Sahali.

Laporan itu menyebut bahawa mereka yang ditahan termasuk Romel Matba dan Amman Matba, calon yang akan bertanding untuk jawatan mayor dan naib mayor bandar Languyan (Tawi-Tawi).

Turut bersama mereka ialah calon majlis perbandaran Languyan iaitu Habib Baginda Tambutoh, Manny Maraji, Abubakar Ibrahim dan Berhamin Abubakar serta polis pengiring Hassan Abdilla.

Hamza berkata beliau telah menulis surat kepada kedutaan Filipina di Malaysia untuk mendapatkan pengesahan mengenai beberapa perkara, antaranya adakah seorang daripada mereka adalah pegawai keselamatan Filipina.

"Kami juga mahu pengesahan sama ada dua daripada yang ditahan itu akan bertanding sebagai calon (mayor di Tawi-Tawi) dan adakah mereka datang (ke sini) dengan tujuan yang dinyatakan (melalui keterangan yang dibuat kepada polis Sabah).

"Kalau kami dapat pengesahan rasmi daripada kedutaan Filipina mungkin tidak lama lagi mereka akan dibebaskan," katanya.

Ketika menahan 32 rakyat Filipina itu, pasukan keselamatan Malaysia turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. - BERNAMA.


sumber:

facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Tiada ulasan:

untuk mama