Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Jumaat, 24 Mei 2013

oppamama masuk tv malam perlawanan jdt lawan kelantan

abg astro panggil suruh jogel depan kamera ikut jer hahaha taksangka keluar hahaha....
malam tu tengok ramai orang huhu..paling seronok satu stadium bergema luaskan kuasamu johor...
suka suka riang ria 

di astro


tq abg astro


Selasa, 21 Mei 2013

penipuan menggunakan telefon

 

 Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank) memaklumkan anda terlibat dengan kegiatan haram, memenangi ‘Lucky Draw’ dan sebagainya serta mengarahkan anda supaya memindahkan wang daripada akaun persendirian ke akaun yang tidak diketahui.

Modus operandi yang sering digunakan:

Kes pertama
1. Mangsa terima panggilan telefon mengatakan telah menang ‘Lucky Draw’ bernilai jutaan dollar dari Syarikat Hong Kong /Macau (amaun ini sebagai tarikan kepada mangsa).
2. Sindiket memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa ingin menuntut hadiah yang ditawarkan. Setelah bersetuju, mangsa dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket.
3. Setelah wang di “bank-in”, suspek gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

Kes kedua
1. Mangsa menerima pangilan telefon dari seorang yang mengaku sebagai pegawai mahkamah/ Polis Bukit Aman memberitahu mangsa terlibat di dalam kegiatan haram seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah.
2. Mangsa dikehendaki memindahkan semua wang yang ada di dalam akaun mangsa ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket bagi mengelakkan akaun mangsa disita oleh pihak berkuasa.

Kes ketiga
1. Mangsa menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank (Ambank, Public bank, Bank Islam,Hong Leong Bank) memberitahu mangsa tidak membayar penggunaan kad kredit yang melebihi had.
2. Mangsa diarahkan menghubungi seseorang kononnya pegawai dari Bank Negara bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.
3. Apabila dihubungi, mangsa telah diminta mendedahkan butir-butir akaun banknya.
4. Akhirnya mangsa mendapati wangnya telah dikeluarkan secara e-banking.

Kes keempat
1. Mangsa terima panggilan dari seseorang menyatakan anak/saudara mangsa diculik.
2. Mangsa dikehendaki membayar wang melalui pindahan wang ke nombor akaun pihak ketiga yang diberi oleh sindiket.
3. Selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi anaknya dan dapati sebenarnya tiada sebarang penculikan berlaku.
4. Sindiket menggunakan rakaman suara untuk mempengaruhi mangsa.

Khamis, 16 Mei 2013

zaman kecik kecik dulu main guli

hendak jadikan cerita masa kecik kecik dulu semua mesti banyak pengalamankan......
nak cerita tentang main guli...

dulu masa kecik kecik banyak kawan kawan ,bila balik sekolah je terus tukar baju main guli.
kumpul duit sekolah 20sen beli guli dapat 6-8.masa dulu ada banyak jenis main gulu antaranya
 gambar contoh
ini adalah guli baling:
1 .main dalam petak
2. main dalam bulatan
3.main dalam segi tiga

.

 ini guli jentik.
jenis masi aku kecik kecik main dulu ada banyak juga antaranya

1.main dalam bulatan
2.main dalam petak
3.main dalam segi tiga
4.main dalam lubang.

masa kecik kecik dulu kita semua sampai lawan dari  1-100 lebih biji guli untuk ditaruhkan
kalau kalah lesap dah pokai hahahahaha sampai main gaduh dengan kawan kawan...ingat lagi pakai guli sama dalam petak pastu kalau sama kita punya kat dalam tapi bila warna sama keluar yang keluar itu kita punya hihihi.dulu kecik kecik biasalah hihi.....
ingat lagi bila arwah abah saya balik saya tak ada rumah abis dia marah mesti kena rotan n denda.
tiba tiba kena pada masa tu aku balik lambat menang guli pulak bawak balik banyak .abis sampai rumah abah nampak pangil terus datang dekat dia ,abah tanya apatu(guli) aku pun jawab guli abah amik dari tangan terus buang ke parit sebelah rumah....macam nak meraung hanya mampu diam kalau nagis depan abah kena pukul nanti ..huhu tapi bila dah tak ada guli kumpul duit sekolah beli guli lagi huhuhu....syok main guli kawan ramak timba pengalaman main guli...

siti musliha hujan air mata

lagu siti musliha

hujan air mata....mari kita dengar dan ikut sekali nak...




Siti Musliha - Hujan Air Mata

Mendung berarak dalam hidupku
Tak siapa tahu derita kalbu
Tiap jelmaan malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan
*
Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disusahkan
Kita semua di pentas dunia yang sama

Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan ku gantung setinggi harapan
http://www.free-lyrics.org

Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

Terima kasih pada me teman
Selamat tinggal aku ucapkan
Di malam sunyi yang memisahkan
Airmataku bagaikan hujan
.

jom makan roti tampal ...

Dulu selalu makan di mama* sekarang rasa agak malas nak makan ,aku tengok mamak tu islam ke tidak,nak




kata islam ada tatuu...ada sekali aku pernah makan kedai mama* aku nampak mama* tu ada tatuu salip so itu lah kali ter akhir aku makan roti canai di mama* ...dah lah mahal air botol c*c* cola harga pasar raya baru rm 3  tapi dia rm 4.8 .....air masak kosong pon 30 sen perrrrrr. sakit aku rasa....
                             
pada hari sabtu aku selalu keluar dengan keluarga aku semua makan bersarapan pagi di kampung melayu majidee....siapa tahu jalan sempadan.....di situ den makan ....mula mula aku dan abang ipar aku makan roti tampal dua je itu pon x cukup.... bini aku pon rasa dia kata sedap ...haha sedap tuuuuuuu....akak akak n bini aku pon terjebak makan roti tampal goyang........
                                          
 HAHAHA ..... setiap dua minggu sekali aku makan diluar sersama keluarga ... nak makan selalu tak bole ,sebab alfa ada tanggungjawab sebagai suami ...kita perlu adil bersama keluarga... selang seli tukar rumah minggu ni rumah mak minggu depan rumah mak mertua so adil.. ..haha

jom makan roti tampal goyang.....


Isnin, 13 Mei 2013

motor rxz untuk dijual RM4500

SALAM ADMIN..TUMPANG IKLAN..RXZ JEC TAHUN 1996 UTK D LEPASKAN..AREA JB@TIRAM HARGA BUKAK RM4500 BOLE DEAL LG,SIAP TUKAR NAMA NGN ROAD TAX BARU.DA CUCI TANGAN
#HITAM OREN SET ORI HONG LEONG
#SHOWA GELONG MERAH
#EXCEL TAKASAGO GOLD 1.4
#FORK DEPAN YBR
#PUMP DEPAN NISSIN ATAS BAWAH SIAP LIVER KANAN KIRI
#DISK BESAR DEPAN
CALL.SMS.WHATSAPP 0127191230 (PAAN)
 

Ahad, 12 Mei 2013

WANITA .-PERMATA DI HATI

DIA WANITA YANG AKU SAYANG
DIA ADALAH ISTERI YANG BAIK
DIA ISTERI PENYABAR.

ISTERI KU YANG KU SAYANGI LAGU INI UNTUK MU


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan.
.
LAGU INI UNTUKMU SAYANG

DAN LAGU INI JUGA BUAT SEMAGAT ...
CINTAKU PADAMU KERANA ALLAH S.W.T..
.

selamat hari emak ,ibu ,mama atau ummi

.
Salam °° selamat hari ibu utk ibu ku yg tersyg coz bnyk bjasa kpd ank mu nie.. Ibu adalah insah yg terbaek didlm dunia nie tiada galang gantinya. Tdk dpt ku bls smpai akhir hayat ku.. Tq so much. < n juga slamat hari ibu utk mak mertua ku yg disayangi terima kasih coz menerima dri nie sbgai menantu wlupn dri nie bnyk kkrgan.. Kamu lh ibu mertua yg paling sporting°° aq akn myayangi kamu bdua hingga akhir hayat ku.. Amin .

alfa amik dari facebook isteri alfa hihi kepada emak mertua ,ibu dan semua ibu .


selamat hari ibu

kepada  mak,dan ibu serta ibu -ibu semua ,selamat hari ibu.semoga panjang umur dan semoga sihat dan dimasukkan kedalam syurga...

banyak penggorbanan emak kerana sejak menjadi segumpal daging emak sudah menjaga aku,besar pengorbanannya ,penat lelah berat memikul beban ,menahan sakit ketika melahirkan kita.

alangkah  besar penggorbanan seorang emak.. dengan mendidik kita agama dan lain lain. melayan karenah kita yang tidak penat meminta. ia sanggup belapar ,kurang tidur,demi untuk membesarkan kita..

ya ALLAH engkau tempatkanlah emak dan ibu semua kedalam syurga mu.ampunkan dosa dosanya . ku
mohon padamu ya ALLAH yang maha besar lagai maha suci..

Sabtu, 11 Mei 2013

99 kali rindu akan keluar DI JOHOR

.
cerita ini pasti ramai anak muda akan tengok ,huhu budak sekolah mesti banyak .bagus juga ada banyak yang baik boleh diambil .dan yang mana dijadikan taladan. bagaimana rindu anda semua ,membara ker...
9 mei  2013 cerita ini akan di tayangkan wayang  .

area: JOHOR
CS, PELANGI,ULU TIRAM DAN DI TEBRAU..CERITA INI 1 JAM 19MNT  P13 YE

indah

PENAT JUGA PERGI KE KL BALIK HARI JUMPA MAKEETING HUHU ADA HAL SIKIT....
 RASA MACAM TAK SABAR NAK TENGOK CERITA DI WAYANG 23/5 NI ADA CERITA 3D NAMPAK MENARIK ..

.
 tengok 3d duduk depan depan perrrr nampak syok je huhuhu ..... jom semua tengok cerita ini best taw .

Rabu, 8 Mei 2013

lawak ceria

nak hilangkan bosan .ini je dapat isi hari ini ..jom layan.
.
.
ye terbang tinggi.
 .
.
 

lawak dan comel

lawak lah ini hihi  ..nak ketawa dan senyum.

jom mandi sama hahaha,sejuk beb
.
.
nakal sangat lah jangan sentuh amik kaw.
 .

nak jalan betul betul kakak.
 .


1,2,3,,4,5,,6,7 kiralh bapebanyak buat.
 

mohd muslim ahmad terbaik masa lawan atm

..
banyak dilihat ketika perlawanan muslim banyak melakukan benteng  yang kukuh.. sanggup meredah bahaya ,walaupun sakit beliau tetap berusaha keras untuk pasukan johor darul takzim..semalam tangan dia macam sakit bila lihat ketika dihempap penyerang atm didalam kotak panelti .beliau juga banyak menggagalkan usaha penyerang atm ...tahniah buat muslim ahmad dan pasukan johor darul takzim.. walaupun nasib tidak meyebelahi kita pasukan kita tetap usaha...

luaskan kuasamu johor.
.
perlawanan seterusnya dijohor
JOHOR DT FC vs PKNS FC
Sabtu, 11/05/2013
Jam 8.45 malam
Stadium Larkin, Johor.
 

bag kemping

terasa nak megembara jauh .kan best bila ada orang ajak n taja  mendaki gunung yang tertinggi. tenggok banyak cabarannya....pastu tengok bag cantik ..
gambar bag cantik cantik.
.
tilam untuk kemping  .
.


alat untuk kemping.
 .


seronoknye .bila lagi dapat macam ni ye ... nak cuba tengok di rakan muda lah.mana tahu kalau ada

MARILAH BERSATU

.
MARI BERSATU .BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.
KITA UMAT ISLAM JAUHILAH SIFAT DENGKI,DENDAM
BERSATU DAPAT MENGERATKAN LAGI SESAMA INSAN
DAN BILA BERSATU KEKUATAN AKAN ADA.

MARI BERSATU .. ORANG LAIN BOLEH KITA MESTI BOLEH
MARI KITA BUANG SIFAT TIDAK BAIK.....

maaf termasuk politik sikit... ini salah satu untuk kita semua bersatu berbaik..
saya tak mahu islam bergaduh sesama sendiri. cukup saya lihat negara luar
yang ada bergaduh . jadikan itu satu iktibar dan peringatan ...maaf

ZIKIR HARIAN

.
AMALKAN LAH  ZIKIR INI. 

rahsia dan amalkan ayat AL-KAUTSAR


 
Rahsia Surah Al-Kautsar::

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

mascot nanas di labis

mascot nanas berjalan di labis johor, ramai juga bergambar dengan mascot nanas ni.
mascot nanas juga membawa tabung derma semperna lahad datu. mari kita lihat mascot nanas ni.



























ini saja yang ada : seronok juga di labis...
jika ada pegembaraan maskot nanti saya masukkan lagi ye.......

untuk mama