Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Rabu, 12 Disember 2012

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"


 
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

  
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".


 
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

  
Yang Amat Berhormat TUN  Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Di mata orang awam, Abdullah dikenali sebagai seorang yang ramah, tegas dan mempunyai pribadi yang kuat.

   
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
 
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 6
Biodata Dato' Seri Najib Tun Razak
Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang,
Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.
Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah
Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di
St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya,
beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa,
beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri,
Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan
Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan
pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya,
menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan,
namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah
selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia.
Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara,
UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib
sebagai ahli Parlimen Pekan.
Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu,
Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun
setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai
peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya,
Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan
perjuangan UMNO untuk negara tercinta.
Nama: Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 57 tahun

Tiada ulasan:

untuk mama