Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Jumaat, 14 Disember 2012

KISAH USIN KEHILANGAN ISTERI DAN ANAK SEWAKTU PERJALANAN PULANG KE KAMPUNGNYA.

KISAH USIN KEHILANGAN ISTERI DAN ANAK SEWAKTU PERJALANAN PULANG KE KAMPUNGNYA.

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata
Liza lembut sambil membetulkan pakaian
Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya.

”Cantik isteri abang hari ni,” Usin
mencubit pipi Liza lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi
meluru masuk ke bilik kerana dah tak
sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampung.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang
comel dan manja.

“Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan
urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti
panjang.” Usin berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak
mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi
belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Liza.

“Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak
keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi
dan Honda Civicnya mula memecut. Usin
cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin
masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?”
tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit
kita sampai kampung nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Liza? tak ada apa-
apa,” Usin terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?”
kata Usin setelah berjaya memotong bas
ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza
tengok abang motong dia aaa….” Usin
terus masuk
gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk
memotong dan …di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan……………….......(xcdent) ABANG!!!!

———————----

“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup
terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

“Mana Liza mak? Macammana dengan Liza
mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya
mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.

Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Usin menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Usin
tepat-tepat.

“Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?”
Usin masih terus menangis....

PANGGG!!!!!!!!!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba.

Usin terdiam dan kebingungan. Kenapa
emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya isteri !!Keja pun
pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur
lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
pegi sembahyang!” emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa
macam nak masuk dalam tin biskut! Malu
beb!!

Tiada ulasan:

untuk mama