Laksa Penang
Bahan-Bahan:
1 pkt laksa -(kalau guna laksa kering seeloknya rendam laksa satu malam dan dicelur esoknya . laksa akan mudah lembut)
1/2 kg ikan kembung/selayang - kuah lagi sedap jika guna ikan selayang
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh
tambah kalau mahu pedas)/boleh campur dengan cili boh utk bagi kuah
lebih merah
1 tangkai daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
air secukupnya
Garam secukup rasa
Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi
Cara:
Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak.
asingkan tulangnya dgn ikan.simpan tulang ikan; kisar dan tapis. Blender
ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar
dlm periuk,air tulang ikan, asam keping dan cili kering tadi, masak
hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang
besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih dgn api sed
perlahan selama 30 minit. Lagi lama dipanaskan lagi sedap..sbb bahan2
mesra. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 ,
letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan