Malaysia - Super League

lagu

tttttyugtgkl

Isnin, 21 Januari 2013

Chong Wei sasar rampas gelaran All England

Chong Wei sasar rampas gelaran All England

 Lee Chong Wei
Chong Wei  muncul juara Terbuka Malaysia buat kali kesembilan, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kini menyasarkan untuk merampas kejuaraan Badminton All England tahun ini daripada musuh tradisinya, Lin Dan dari China.
Pada saingan All England tahun lepas, Chong Wei terpaksa memberi kemenangan percuma kepada pemain ranking ke-13 dunia itu selepas beliau mengalami kecederaan bahu pada set kedua.
Terdahulu, Chong Wei yang juga pilihan utama dan juara bertahan Terbuka Malaysia mudah mengenepikan pilihan kelapan dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dengan kemenangan 21-7 dan 21-8 dalam masa 32 minit pada perlawanan akhir perseorangan lelaki.
"Di sini tiada pemain ternama yang memberikan saingan kepada saya dan Lin Dan mungkin akan beraksi pada All England Mac nanti... jadi ia merupakan satu cabaran sebenar buat saya.
"Saya harap mampu merampas kembali kejuaraan All England yang pernah saya menangi sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini.
Mengulas mengenai kemenangannya untuk kali kesembilan, pemain berusia 30 tahun itu berterima kasih dengan kehadiran ramain penyokong tempatan yang memberi sokongan padu kepadanya sepanjang perlawanan hari ini.
"Terima kasih banyak-banyak kepada penonton yang hadir memberi sokongan kepada saya... saya sangat gembira kerana berjaya memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kesembilan.
"Saya harap saya boleh teruskan momentum ini pada kejohanan-kejohanan akan datang termasuk All England," katanya dengan nada gembira.
Chong Wei sebelum ini muncul juara Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Kemenangan kali kesembilan yang diraih Chong Wei itu membolehkan beliau memecah rekod lagenda badminton kebangsaan, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali iaitu pada 1940, 1941, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952 dan 1953.
Sementara itu, jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock berkata beliau akan memberi tumpuan kepada pemain berkenaan untuk menghadapi All England.
"Saya hanya akan memilih kejohanan yang benar-benar mampu membantu Chong Wei termasuk Kejohanan Badminton All England.
"Bagi saya, apa yang diperlukan Chong Wei ketika ini ialah kualiti dan bukannya kuantiti dalam sesuatu latihan (ataupun kejohanan)," katanya yang mula mengambil alih tugas melatih pemain berkenaan daripada bekas pemain badminton negara Datuk Misbun Sidek sejak awal 2011. - Bernama

Tiada ulasan:

untuk mama